Sejarah Penubuhan Madrasah
Madrasah Darul Ulum Al Muhsinin Wannashirin ditubuhkan pada tahun 2017 dengan serba kekurangan oleh Tuan Ustaz Mohammad Nasran Bin Jusoh.
Tuan Ustaz Mohammad Nasran berusaha bersama beberapa rakan-rakan yang lain untuk memberikan pendidikan asas Al-Quran dan fardhu secara percuma untuk para pelajar di sekitar kampung.
Disebabkan terdapat kos-kos yang terpaksa ditanggung, pihak Madrasah Darul Ulum Al Muhsinin Wannashirin terpaksa mengenakan yuran yang berpatutan kepada para pelajar. Kebanyakan pelajar adalah dari keluarga yang susah, fakir miskin dan anak yatim.
Pada masa sekarang, terdapat seramai 60 orang pelajar dan dijangka akan meningkat kepada 100 orang pelajar.
Pengambilan Pelajar Baharu
Aktiviti Program
Banyak program yang dianjurkan oleh madrasah. Antaranya Kem Syababul Mukmin yang telah berlangsung pada bulan Disember 2025.
Antara pengisian program tersebut:
Pemantapan Fardhu Ain
Belajar Teori Hafazan
Taghrib Jati Diri Seorang Penuntut Ilmu Agama
Pendedahan ilmu Furusiyyah Islam
Muzakarah Adab Sunnah
Aktivit Lain
Di Madrasah Darul Ulum al-Muhmuhsinin juga mengadakan beberapa aktiviti lain.
Infaq Pembangunan Madrasah
Kami memerlukan dana pembangunan asrama pusat Tahfiz Darul Ulum Al-Muhsinin.
Facebook Rasmi
Ikuti Perkembangan Semasa Madrasah Darul Ulum al-Muhsinin di laman social Facebook.





















